Saturday, May 24, 2014

GLA COMPLEX SAHABAT BAIK WANITA

Bismillah...

Assalamualaikum Wrmbth..Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menjengok blog saya.semoga kawan-kawan sentiasa sihat dan bahagia selalu dan dirahmati Allah s.w.t

Berbalik pada tajuk kat atas tu...GLA COMPLEX sahabat baik wanita???Kenapa saya tulis macam tu..Sebab gla antara supplement wajib untuk wanita dan khasiatnya yang terlalu banyak..nanti kita cerita panjang ok kengkawan...

Vitalae dan Gla adalah dua supplement yang termasuk dalam set kesuburan wanita..Tapi arini saya nak cerita pasal Gla..

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu sangat-sangat disyorkan untuk mengambil gla complex sebab ianya membantu dan mengawal  serta mengatur kitaran haid 

bila kitaran haid teratur barulah mudah untuk mendapat zuriat..selain itu gla juga meningkatkan kesuburan untuk mereka yang sukar hamil...

Kenapa susah sangat nak dapat baby?? Yaa betul anak itu rezeki dari Allah..Tak salah kita mencuba dan berusaha in sha Allah dengan izin Allah kawan-kawan pregnant..

Antara Faktor susah untuk mengandung...




Berat badan berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang menyumbang kepada sukar untuk hamil...Terlalu banyak makan fast food jugak menyebabkan badan cepat gemuk dan banyak lemak terkumpul.


Stress jugak penyumbang kepada kenapa susah untuk pregnant..

Terlalu memikirkan untuk mendapatkan zuriat

Merokok juga menjejaskan kesuburan badan..bole cuba vivix nanti saya cerita pasal vivix pulak.

Kurangkan minuman seperti teh,kopi serta minuman berkafien .



BAGAIMANA GLA COMPLEX DAPAT MEMBANTU....

GLA complex lebih kurang seperti EPO..mesti suma kaum wanita tau kan..Tapi GLA lebih baik sebab fungsinya menstabilkan hormon dalam badan wanita..

Bagi kawan-kawan yang ingin hamil sangat disarankan untuk memakan gla complex..

Caranya mudah sahaja..

Kawan-kawan cuma perlu konsisten makan gla setiap hari dari hari pertama period sehingga period semula..

Makan gla dua kali sehari selepas sarapan dan selepas makan malam.

Bila period lewat bulan berikutnya boleh buat ujian UPT..

Alhamdulillah jika disahkan hamil kawan-kawan bole stop ok sebab gla tak bole makan time pregnant boleh menyebabkan keguguran..

Ada testimoni berjaya hamil tapi belum abis sebotol pun makan gla..

Jika belum hamil teruskan hingga berjaya..tapi jangan stress ya nanti mengganggu usaha kawan-kawan..



GLA COMPLEX SAHABAT BAIK WANITA...

Ni yang saya cakap tadi..terlalu banyak khasiat gla..bagi yang nak hamil boleh betulkan kitaran haid dan teruskan makanan sehingga hamil ok..

Tapi bagi yang lain ada BONUS bila anda consume GLA ok...Meh kita tengok apa yang bestnya GLA ni...


BONUS lain dalam GLA complex

KULIT LEBIH SIHAT DAN BERSERI DENGAN GLA COMPLEX DAN YANG PENTING SIHAT SECARA SEMULAJADI DENGAN SHAKLEE TAK PERLU SUNTIK-SUNTIK..BAHAYA!!!

CYST KECUT DENGAN GLA 


Jerawat juga cepat kecut dengan bantuan GLA Complex

Bagi golongan wanita masalah rambut gugur memang menakutkan..Tapi selepas consume gla tekstur rambut semakin sihat serta mengurangkan keguguran..

Membantu memperlahankan proses serta bintik penuaan di wajah sebab dalam GLA terdapat vitamin E..semua sedia maklum vitamin E kan vitamin wajib untuk kulit cantik berseri..



LAGI BONUS GLA COMPLEX


NI LAH RUPA GLA COMPLEX..ADA 60 CAPSULES..YANG PENTING HALAL DAN SELAMAT DI MAKAN SEBAB SUPPLEMENT SHAKLEE MENGGUNAKAN SUMBER SEMULAJADI


Membantu melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Membantu dan menangi wanita yang sedang dalam proses menopous

Menguatkan sistem imun tubuh

Mengawal kolestrol dalam badan

Menguatkan kuku


BANYAK KAN kawan-kawan khasiat gla..sebab tu saya kata ianya sahabat baik wanita..meh kita pakat cuba GLA ni dan rasai sendiri kehebatannya..

Kawan-kawan yang nak cuba bole pm saya..In sha Allah saya akan guide cara makan yang betul..

Penting ya makan supplement dengan betul..Barulah nampak kesannya..Boleh PM saya untuk segala jenis supplement yang kawan-kawan nak tau..

FREE  ja consultation untuk kawan-kawan semua..Selamat mencuba dan semoga berjaya dengan izin Allah in sha Allah..  

Jumpa lagi kengkawan:)



Read More...

Thursday, May 8, 2014

MAKAN SEBELUM MAGHRIB

Kenapa kita perlu makan sebelum maghrib..
Sebab ianya salah satu sunnah nabi (Rasullullah s.a.w. makan sebelum waktu maghrib )
Sebagai contoh jika kita makan pukul 6.30 petang otak akan berfungsi dengan sebaiknya dua jam selepas kita makan.Jadi dalam pukul 8.30 malam anak-anak dah bole start membaca dengan mudah absorb ilmu.Kalau makan lewat malam  tak elok untuk kesihatan..organ-organ badan juga perlukan masa untuk berehat..Sudah tentu jika makan lewat kita tidor dalam kekenyangan dan susah bangun malam untuk solat sunat..

Teringat kenangan masa kecik-kecik dulu mak selalu bagi kami empat beradik makan sebelum maghrib lebih kurang pukul enam lebih lepas semua orang ada d rumah..Lepas tu pukul lapan masing-masing siap tarik beg buat homework..lepas tu mak buatkan kami adik beradik air teh o..kadang-kadang ada cucuq..kadang-kadang air ja..oh rindunya masa-masa tu..walaupun masa tu la kami empat beradik suka bergaduh kiki..tinggal kenangan..

Jiran sebelah rumah mak pun sama..Chinese tapi bagi anak-anak dinner awal petang-petang sebelum maghrib jugak la..Macam mana saya tau..hihi..Hari-hari nampak mak dia suapkan anak-anak kat depan umah..makan moi kot..kiki...

Rupa-rupanya apa yang mak buat semuanya ada sebab..now bila da ada anak sendiri saya pulak buat mcam tu..alhamdulillah benda baik dan sunnah nabi elok la kita ikut kan...ngantuknya...nak tdo la..alamak...belum siap buffer lagi...nampak gaya bole sahur terus ni...haha..



















Read More...

My Wishlist

Jam da pukul 1.25 pagi..anak-anak semua da lena diulit intan..alhamdulillah..abah pulak melayan games...layanzzz...now time untuk umi buat kerja pulak..
Sebelum tulis wishlist ni rasa macam senang ja..wishlist ja pun..tulis la..tulis apa yang saya nak..apa impian..bila dah tulis sampai dekat wish yang ke 26 terkedu..stuck taktau nak mintak apa lagi..hmmm..sebab tu cikgu suruh tulis banyak2...sekurang2nya nti ada yang termakbul mudah-mudahan..amin
Masa mula nak tulis tu laju ja...Siap pejam-pejam mata lagi terbayang n berangan dah tercapai suma tu..berangan tak pa..FREE ja...mula2 berangan pastu impian jadi kenyataan..hehe...

Wishlist saya yang pertama nak selesaikan semua hutang yang ada..rumah,kereta n hutang ptptn.kalau tak susah nti kalau dapat tiket free tiba-tiba kena tahan kat airport..haha..Indahnya hidup kalau tak da hutang kan..Tapi nak umah sendiri nak ada kereta terpaksa la buat loan..Klau nak beli cash bole tunggu la wishlist ni tercapai dulu..tapi nanti income tax cari pulak..berangan la lagi...

Yang kedua saya rasa nilah impian yang paling bermakna dalam hidup..Teringin nak bawak mak,anak-anak n suami ke Tanah Suci..Sampai sekarang termimpi2 lagi..mungkin belum rezeki.Memang kami pernah merancang tapi Allah Maha mengetahui yang terbaik untuk kita.Sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah s.w.t.Belum time lagi jadi sila masukkan semula ke dalam wishlist ok..

Banyak sangat wishlist saya..Cikgu pesan suruh tulis sampai 101.banyakkan..Cepat-cepat sambung tulis..Laju laju..Fast..Action..Fast..Result.. THHATHHR..hahaha..faham ke faham?

Dah lama sangat dok kat R N R..Kesian ketinggalan flight..Now no more play2 biola nah..Rugi memang rugi..sebab da berada d landasan yang betul..bersyukur sangat-sangat..Tinggal nak ikut tips dan yang paling penting bagi saya ialah ISTIQOMAH....Ya Allah berikan lah kekuatan untukku beristiqomah..amin

B tolong p jauh-jauh ya..BiawakS..sebab lama sangat ternak dah beranak pinak..yang tau ja paham ni..

ssssambung tulis wishlist..as salam kengkawan....
Read More...

Monday, May 5, 2014

PENAPIS AIR SHAKLEE MEMANG BEST!!!

Sekarang ni isu air tengah hot sangat...Banyak negeri yang dah kena catu air..Macam kami di Kedah ni msih belum di catu..Alhamdulillah penghujung bulan 3 aritu hujan dah mula turun.

Semalam saya borak2 ngan kawan lama..Sian kawan saya ni sejak kes air kena catu ni satu hal..Air yang di minum pun katanya rasa tanah..Mungkin sumber air tu sendiri wallahualam..Kami borak dan terceritalah pasal penapis air...

Musim2 air takdak ni..Hujan pun tak turun..Ramai yang membeli botol2  untuk tadah air..Tapi air2 tadi kita tak tau tahap kebersihannya..Kalau yang ada penapis air alhamdulillah..Klau yang belum ada air tadi bole di masak untuk membunuh kuman..Rasanya sekarang ni setiap rumah dah ada penapis air kan..

Taun lepas saya balik kg tgk kat sebelah Selama kg suami saya amboi mak-mak menakan sumanya pakai penapis air..Bukan yang biasa2 yer..Yang pasang kat luar tu..Tapis dari luar kira 1 rumah la..Alhmdulillah tp bagi yang mampu mungkin harga ribu-ribu tu tak jd masalah kan...

Yang masih tercari2 lagi penapis air yang mudah alih..kecik macam jug kita kat umah tu meh tengok saya tunjuk ni.

Shaklee Get Clean Water Pitcher

KENAPA PENAPIS AIR SHAKLEE NI BEST???

SAIZ NYA  - kecil ja sebesar kettle yang kita masak air kat umah tu

MUDAH ALIH - senang untuk kita bawak ke mana2 sebab ianya mudah alih.bole letak di dapur,
                               meja makan ataupun bwak jenjalan tima nak cuti2 Malaysia..kan jimat!!!

HARGA YG MURAH - Lebih murah daripada lain2 jenama d pasaran..

BENTUKNYA  - Jag air bermeter automatik pertama yang boleh menunjukkan jumlah liter/ gelen air paip                                     yang telah dituras serta tidak memerlukan tenaga elektrik

TAK PERLU DI MASAK HANYA TAPIS - Ye tak perlu masak cuma anda perlu masukkan air paip
                                                                               sahaja..

Penapis ni sangat mudah dan praktikal untuk di gunakan oleh sesiapa sahaja..Tak perlu bantuan suami @ technician untuk kerja-kerja pemasangan..Kita boleh handle sorang diri.Sangat mudah untuk digunakan..

Tak perlu kerja-kerja maintenance ataupun kos2 tersembunyi serta servis caj untuk tukarkan penapis air ni..Sesetengah jenama anda perlu tukar serta bayar pulak kos selepas habis tempoh warranty.

Tp dengan penapis air Shaklee ni memang sgt2 best..Hanya kuarkan sedikit modal sahaja..Tu pun mmg paling MURAH kalau compare dengan jenama-jenama lain di pasaran yer!!!

Untuk starter ni yang kengkawan dapat k.


Suma ni anda bole gunakan sehingga setahun..Lepas penggunaan setahun baru and tukar penapis yang mcam jala tu yer..Tak smpai rm60 pun..boleh turas sehingga 303 liter sehingga 4 bulan mana yg terdahulu,,Jadi untuk 4 penapis yang diberikan serta set ni cuba anda bahagikan..Cuma berapa sen saja 1 liter yang anda keluarkan untuk dapat kualiti air yang bersih,selamat serta terjamin daripada bakteria..Kalau anda jenis yang tak kisah  ok la..Tapi bagi yang pentingkan kesihatan mesti anda nak miliki penapis air yang berkualiti tinggi ni..Kalau kawan-kawan beli air mineral pun dah berapa kosnya kan..Satu hari nak beli brapa liter..Jadi langkah bijak melabur la sedikit demi kesihatan kita, anak-anak serta sekeluarga..

Setiap hari kita keluar pagi2 balik umah dah petang..Pergi kerja cari duit untuk anak-anak kan..Jadi cuba kita bayangkan kesian anak-anak minum air yang tercemar..tambah-tambah anak kita yang masih kecil..masih minum susu..air yang mereka minum tak bertapis wallahhualam..kesian anak-anak..

Ramai kanak-kanak yang dapat cirit birit puncanya minum air dari sumber tercemar..Bila da dapat cirit birit sian anak-anak..Kita pulak terpaksa bawak jumpa pakar..kalau sorang ok..kalu dua tiga..Dah beratus kan..Jadi apakata kita ambik langkah bijak mencegah kan lebih baik dari merawat.Hanya sekali shaja pelaburan kawan-kawan dapat hasil serta kualiti air yang terjamin selamat..Anak-anak sihat kita pun hepi..Ni la pengorbanan kita untuk anak-anak kan..The first wealth is Health..Betul lah pepatah ni..


 SUMBER AIR KOTOR PENYUMBANG PENYAKIT
 SANGGUPKAH KITA??? SAYANGKAN KESIHATAN @ $$$$$


Best kan penapis air ni..So kengkawan yang nak mencuba meh pm saya cepat..In sha Allah saya akan terangkan dengan lebih details pada kengkawan yang nak tau pasal penapis air ni..Bukan penapis jer..tapi pasal sume supplement jugak okay!!!

Nak special price bole2 jom join jadi ahli..Harga lebih murah dari market price..

Pilihan di tangan anda..Nak sihat atau anda tak kisah pun minum jela..

Jumpa lagi kengkawan As Salam..






Read More...

ALOE VERA DAN HERBAL BLEND

As Salam sume kengkawan pembaca blog..semoga semuanya sihat serta sentiasa di bawah lindungannya In Sha Allah..

Tiba-tiba teringat kaki zahin yang terkena ekzos motor aritu..bukan motor abah tapi motor orang masa pagi ikut abah beli kuih..turun ja dari motor kena ekzos..aduhai kesiannya la adik..igtkan sikit ja..balik tu sapu la olive oil ngan harapan tak la melecur teruk..

Tapi bila da tengahari makin teruk pulak kesan melecur tu..Klinik pulak dr tak da..Jadi kami pun bawak la adik p farmasi je la yang terdekat dan cepat..Pharmasis tu cakap lagi elok sapu aloe vera.Mana nak cari aloe vera time2 nie..beli ubat jela..Balik tu mandikan dia trus sapu ubat..Makan hari jugak la nak baik..
Time tu jugak la saya teringatkan HERBAL BLEND...

Alangkah bagusnya kalau ada stok herbal blend ni setiap masa di rumah..Tambahan pulak kalau ada anak kecik..Memang wajib la ada..Ibarat kena ada minyak telon..Kalau tak da alamatnya kembong la baby..macam tu la pentingnya herbal blend ni...

KENAPA HERBAL BLEND PENTING SANGAT..

  • Merawat luka dan melecur akibat terkena air panas/ekzos
  • Sangat sesuai dijadikan krim untuk anak yang ada eczema
  • Melembutkan kulit yang kasar, kulit kering serta masalah tumit pecah
  • Masalah ruam lampin serta ruam akibat peluh/panas
  • Boleh digunakan semasa anak demam
  • Luka pada puting ibu menyusu
  • Menghilangkan parut termasuk parut campak
  • Merawat gigitan nyamuk

Herbal Blend Multi- Purpose Cream datang dalam bentuk tiub 4oz..Di hasilkan daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage, horse, chestnut narrow & rosemary yang amat2 menenangkan.

Dah tau kan sebab apa herbal blend ni penting...sama2 la kita simpan di rumah..banyak betul khasiatnya.sangat2 berkesan..Krim untuk kegunaan sekeluarga..

Selalu out of stock sebab ramai pengguna tegar krim ni!!!Selamat mencuba Herbal Blend semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga In Sha Allah..
Read More...

Wednesday, January 29, 2014

HARGA SET KEHAMILAN SHAKLEE

Assalamualaikum buat semua kengkawan.

Kehamilan saat yang mengujakan bagi setiap wanita..Sebaik disahkan hamil merupakan momen yang paling terindah dalam hidup kita..Apalagi jika ia merupakan kehamilan pertama kali..Sudah tentu suma ibu rasa teruja dan mahukan yang terbaik buat dirinya dan juga untuk si manja yang dikandung selama 9 bulan di dalam rahim.




BAYI DALAM KANDUNGAN MEMERLUKAN KHASIAT UNTUK MEMBESAR DENGAN BAIK

Sudah tentu banyak persediaan awal dan bacaan yang kita kumpul untuk mengharungi tempoh kehamilan yang indah dan menyeronokkan.Tentu kengkawan idamkan bayi yang sihat, bijak serta comel in sha Allah.Dalam tempoh kehamilan ibu-ibu sangat digalakkan untuk mengambil buah-buahan, sayur-sayuran serta serat untuk mengelakkan sembelit di samping khasiat untuk ibu dan bayi.

Antara buah-buahan yang baik untuk ibu hamil

  • Kurma
  • Delima
  • Pisang
  • Kiwi
  • Oren
Buah yang paling sedap di makan dan banyak khasiat tentu lah buah kiwi sebab masa pregnant tentu tekak rasa loya ja..Jadi bole la jadikan kiwi ni sebagai snek yang berkhasiat.Buah kiwi ni sangat tinggi kandungan asid folik..Folat di dalam kiwi boleh mengelakkan kecacatan saraf sewaktu lahir.Kecacatan saraf merupakan perkembangan otak dan saraf tidak lengkap sebanyak 70%.Asid folik sangat2 disarankan untuk di ambil bagi mereka yang merancang untuk hamil untuk mengurangkan kebarangkalian kecacatan semasa bayi dilahirkan..Kiwi juga mengelakkan kita dari sembelit ya..


BUAH KIWI YANG TINGGI ASID FOLIK

KURMA ANTARA BUAH YANG DI SARANKAN SAAT MARYAM MELAHIRKAN TERLALU BANYAK KHASIAT YANG TAK DAPAT DISANGKALKAN LAGI..

Teringat anak saya yang kedua lahir tanpa jaundice..Dr panggil dia bayi sihat.Masa pregnant setiap hari saya akan makan 3 biji kurma.Petua ni saya dapat dari kawan yang kedua-dua anaknya tak kena jaundice.In sha Allah ibu2 bole cuba dengan izin Allah bayi terhindar dari jaundice.

Satu lagi buah yang memang saya makan untuk ketiga2 anak ialah buah delima.Buah delima ni kan banyak khasiat serta buah dari syurga.


3 NUTRIEN PENTING SEWAKTU HAMIL

Vitamin C , Kalsium dan Asid Folik

Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak mesti kita dah rancang dari awal nak buka akaun untuk anak sebaik saja dilahirkan.Pengambilan vitamin C bole di samakan seperti mendapat polisi insurans untuk bayi anda.Ia merupakan sumber vitamin yang paling penting untuk sistem imuniti bagi melawan bakteria..Seperti yang kita sedia maklum pengambilan sebarang ubat-ubatan adalah tidak selamat untuk ibu hamil.Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran.

Ibu hamil sangat memerlukan kalsium untuk mengekalkan kesihatan dan menampung kandungan yang sihat.Kalsium berfungsi dalam pertumbuhan dan pembentukan gigi dan tulang janin.Jika ibu mendapat cukup kalsium in sha Allah akan terhindar dari masalah osteoporosis..Susu merupakan sumber kalsium yang terbaik selain sayuran hijau.

Asid folik juga sangat2 penting bagi ibu hamil..Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida,penutupan saraf tunjang dan kolum spina bifida yang tidak lengkap.Kebanyakkan kecacatan ini berlaku  sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.Oleh sebab itu pentingnya asid folik ini di ambil seelok2nya semasa ibu merancang untuk hamil.

Terlalu banyak makanan yang berkhasiat untuk saya kongsikan dengan kengkawan suma.Bagi sesetengah ibu mengandung ada yang tidak bole minum susu mungkin sebab alah pada bau atau memang tak amik susu dari sebelum mengandung lagi.Sebenarnya susu sangat penting.Bukan untuk kanak-kanak saja malahan kita yang dewasa ni pun harus minum untuk kesihatan tulang.

Ada jugak yang mungkin berfikir setiap hari dah ambik makanan seimbang macam sayur-sayuran dan buah-buahan tak perlu lah sebarang supplement lagi..Tapi sedarkah kita sayur-sayuran yang di masak telah hilang zat dan vitamin akibat haba dan memasak terlalu lama.Buah-buahan juga mungkin hilang vitamin sebelum sempat kita menjamahnya.

Namun dengan supplement Shaklee In sha Allah ibu-ibu akan mendapat khasiat yang terbaik.Di hasilkan daripada sumber semulajadi sebab itu Shaklee amat selamat di ambil oleh ibu2 hamil, kanak-kanak dan sesiapa sahaja..

Kat sini saya nak kongsikan vitamin yang perlu di ambil semasa proses kehamilan..Mungkin ibu2 sukar untuk mendapatkan buah2an segar yang masih belum hilang nutrisi dan mungkin ibu-ibu bukan jenis yang minum susu tapi risau bayi dalam kandungan kurang mendapat khasiat untuk pertumbuhan yang sihat.


SET KEHAMILAN SHAKLEE MEMANG TERBAIK


 VITA-LEA 120 Tablets penggunaan sehingga 4 bulan

Multivitamin penting untuk ibu hamil.Ia mengandungi 12 vitamin dan lengkap dengan iron formula.Kekurangan iron menyebabkan ibu lemah,mudah nak pitam, Hb rendah serta kelihatan pucat lesu.Hb rendah boleh menyebabkan bayi mati di dalam kandungan.

1 canister ESP 850g penggunaan sehingga 2 bulan

 Penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh..Diperlukan oleh ibu hamil dan menyusu untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.Memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, membantu aliran darah dan semakin penting ketika memasuki trimester ke 3


 SUSTAINED RELEASED VIT-C sehingga 6 bulan penggunaan

Sebiji Vit C Sustained Released bersamaan 7.5 biji oren dan memenuhi keperluan minima tubuh kita iaiu 500mg.Larat ka kita nak ambik 7.5 biji oren setiap hari..Bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser.Yang penting ianya selamat sebab semulajadi tiada pengawet dan pewarna.

B-Complex penggunaan sehingga 4 bulan

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vit B.Mengandungi Folic Acid dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.Penting untuk pembentukan  tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

 OMEGA GUARD 90 KAPSUL penggunaan untuk 3 bulan

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal.Mengandungi DHA yang sangat tinggi untuk otak.Sumber lain yang terbaik ialah  ikan salmon tapi mana nak tangkap ikan salmon setiap hari kan ... Jalan mudah bole consume omega guard.Juga buatkan kulit ibu kemerahan serta membakar lemak jadi ibu still bole kawal berat badan okay!!




OSTEMATRIX  penggunaan untuk 4 bulan
Mengelakkan kekejangan otot dan sakit pinggang.Membekalkan cukup kalsium untuk membina tulang dan sel bayi.Mengelakkan sembelit, mudah untuk membuang dan lawas.Menstabilkan denyutan jantung.


SET ASAS TRIMESTER PERTAMA


  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • VIT C
  • OSTEMATRIX

SET ASAS UNTUK TRIMESTER 2 & 3

  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • VIT C
  • OSTEMATRIX
  • OMEGA GUARD

ESP (Energizing Soy Protein) bole di ambil untuk mana2 trimester sebagai tambahan bekalan protein lengkap untuk kehamilan.Protein sangat2 diperlukan saat2 kehamilan.ESP sangat mengenyangkan dan berkhasiat. Ibu bole ambik sebelum bergerak ke ofis.


Mesti ibu2 tertanya BERAPA HARGA SET KEHAMILAN NI??

Tak mahal sebenarnya set asas trimester pertama cuma RM 290 SAHAJA.
Penggunaan supplement pulak sehingga 4 bulan.Jadi dalam sebulan kengkawan hanya spend lebih kurang RM 72 saja sebulan untuk kesihatan ibu dan anak..

Harga set asas trimester 2 & 3 pulak hanya RM 430 sahaja..

NANTI DULU...

Mesti kengkawan nak harga yang lebih murah atau mengikut bajet sendiri..Jangan risau boleh di bawak berbincang @ guna saja ID saya untuk membeli set kehamilan ni .

ID saya 963896 bole trus ke branch shaklee untuk membeli..Nak harga ahli cepat mendaftar jadi ahli..

NAK HARGA AHLI YANG JAUH LEBIH JIMAT TANPA MENJADI AHLI CEPAT2  PM
..kalau tak rugi..


Set Bersalin Shaklee

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:


Call / Whatsupp:  0166787988
ID Shaklee: 963896
Email: tinihishamuddin@yahoo.com
FB:  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Tea Ney 

Read More...

Sunday, January 19, 2014

MEAL SHAKES SHAKLEE..MENYESAL SAYA........

Anak demam, tak sihat, taknak makan...mesti kita risau kan...macam mana nak buat..asik ulang alik ke klinik ja..mula2 kilinik biasa..pastu dah tak jalan terpaksa la bawak ke klinik pakar pulak..dulu saya macam tu la..ala takpa budak2 nak membesar biasa la demam tak sihat..tapi kalau dah selalu sangat bukan biasa tu tapi luar biasa..kdg2 baru ja baik demam..dah demam balik..pastu selsema pulak tak kering2..sian sgt..lagi2 kalau anak2 yang dok kat taska.dulu anak saya pun camtu la tapi sekarang alhmdulillah dah kurang..sebab apa...nak tau tak??? arini saya nak share sikit pasal meal shakes.

Multivitamin untuk anak2 penting sangat..kita mesti risau dan tak suka kalau anak2 selalu sangat sakit kan..Jdi saya tak kisah apa2 yang baik untuk kesihatan ank pasti saya nak cuba..Banyak testimoni review yang best2 pasai meal shakes ni..Anak kurang demam, selsema da kurang dan selera makan makin bertambah...ni yang best sangat..salah satu sebab kenapa saya nak try meal shakes ni..lgipun saya nak cuba sendiri dan kalau btul2 berkesan saya nak share ngan ibu-ibu yang ada masalah yang sama ngan saya..sharing is caring kan kawan-kawan...

Macam2 vitamin saya dah cuba sebelum ni..yang syrup..yang chewable..tapi tak berkesan sangat..ada sekali tu saya cuba bagi susu pediasure dekat zakwan tapi dia tak lalu pulak nak minum..sian zakwan saya paksa dia minum jugak..lepas tu saya cakap tak pa la kalau zakwan tak lalu tak payah minum..biar umi ja yang minum...kikiki...umi jenis yang berselera ja..minum pediasure jenuh la..lagi berselera bertambah la kiiloo...

Mula2 saya amik meal shakes ni khas untuk anak sulung saya..Dia ni jenis susah nak makan dari kecik lagi..kira picky eater la..Kadang2 larat tak makan nasi langsung satu ari..bila tanya kenyang..pelik btoi la..geram pun ada..sian pun ada..Memang saya risau sangat2 bila dia tak mau makan..Pada usia 0-6 tahun kan otak berkembang dengan pesat..Jadi wajibla saya risau..semua ibubapa mesti nak anak2 yang bijak kan..jadi kalau tak makan nanti bole mengganggu pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak dia ..huhu...risaunya..

Bermula la episod zakwan n meal shakes..Sebelum saya beli meal shakes saya dah bgtau siap2 kat dia..meal shakes ni best..sedap..wangi..umi pun tak tau...kikiki...Sampai ja meal shakes malam tu saya bancuh untuk dia..meal shakes + susu+ milo..wangi dia kata..btol la..cuba rasa pulak..emmm sedapnya..nak lagi..saya kata esok la pulak..bgus ni dia suka..zakwan ni susah sikit..kan memilih..seb baik suka kalau tak umi la kna minum...jenoh..esok pagi dia bangun mintak lagi..tak lama tu saya bagi roti sapu peanut butter..abis 2 keping..selalunya susah la nk abis 2 keping tu jenoh tunggu kat meja..

Okay...best2 ni dah nmpk sikit perubahan..sampai waktu makan tengahri sblm ke sekolah dia mintak nasi..ni abah dia pun perasan..selalunya kita tanya nak makan nasi tak? tapi arini dia mintak..senyum saya tengok perubahan dia walaupun sikit..saya bagi bekal roti..Tp dia tak makan pun ari 1st ke sekolah tu..Balik umah dia mngadu lapar..ingatkan dia kenyang..tapi sebenarnya lapa..cuma dia kata tadi kat kantin penuh sangat orang..ibubapa pun ramai..zakwan taktau nak dok kat mana.zakwan minum ja..kesiannya anak umi..sampai umah terus mintak nasi..lega2 alhamdulillah perkembangan yang positif ni..malam tu mintak lagi roti cicah milo..pstu nak tdo la dia kata dah kenyang ngan penat sangat..kuat btoi la penangan mealshakes ni...memang pencetus selera la mulitivitamin ni..memang nmpk perubahan..kalau dulu nak makan pun kena paksa..sekarang dia mintak..kejap2 mintak..takpa la.. umi suka tengok zakwan berselera ja...MENYESAL btul saya sebab tak kenai meal shakes ni dari dulu lagi...dari zakwan umur setahun dulu..tapi takpa better late than never kan...

Untuk anak saya yang no 2 pulak alhamdulillah dia memang tak dak masalah tak nak makan macam abang..Yang ni masalahnya nak makan...pening umi kadang2 baru lepas makan nasi mintak biskut pulak..coco crunch la..macam umi kot suka mengunyah..hihi...Kebetulan masa sibuk bagi abang mealshakes ni Aisyah Aqilah demam..jadi saya pun nk cuba la mealshakes ni..1st day demam saya bagi ubat demam macam biasa..ari kedua saya bagi pagi ja..lepas tu saya bagi dia minum susu+milo+meal shakes...
petang tu dia masih demam cuma tak panas sangat..makan macam biasa aisyah ni walaupun demam maintain berselera..hihihi..malam tu aisyah stat batuk pulak..cuaca sejuk kot teruk jugak dia batuk..saya tak bgi ubat pun..esoknya dia msih demam tapi dah kurang..cuma batuk ja la.saya bagi lagi meal shakes...pastu saya bagi dia makan macam biasa..saya masukkan sikit meal shakes dalam makanan dia..malam tu alhamdulillah la dah tak demam lgi..cuma batuk tu risau jugak..malam tu saya ingat kalau dia batuk lagi esok nak bawak p klinik la..

Bangun esoknya batuk nmpk kurang..macam biasa saya masih teruskan ngan meal shakes...saya langsung tak bagi dia ubat batuk..saya bagi dia minum susu..malam tu bagi milo ngan meal shakes..alhmdulillah masuk ari ketiga batuk dia dah ok tanpa makan ubat batuk.




 setiap pagi memang wajib la dua bradik ni saya bagi minum meal shakes..untuk mengelakkan demam dan selsema dan meningkatkan selera makan..


 JOM TENGOK ANTARA RESEPI KREATIF ANAK-ANAK SAYA...



Zakwan nak makan kurma + meal shakes ..SELALUNYA dia makan kurma sebijik ja..


 Potong @ gunting kurma kecik2..mula sebiji ja..Aikk dah jd 3 biji nti tak cukup dia kata..hihi..penangan Meal Shakes dahsyat!!




Kurma yang ditabur ngan sedikit meal shakes




DAH SIAP!!!



   SEDAPNYA MAKAN...NYUM2...sampai tak perasan dah nak abis 




  LAGI RESEPI KREATIF AISYAH N ZAKWAN





Saja saya libatkan anak2..ada yang tolong sudukan meal shakes...yang gaul...biar anak2 rasa seronok dapat buat sendiri..saya tgk2 jugak takut meal shakes terbalik...risau jugak..hihi...



Meal Shakes ni memang wangi...bau dan rasanya sedap sangat..kadang anak2 minum plus ngan dutchlady strawberry yang kotak tu untuk breakfast...bole juga di tabur dalam makanan..dalam nasi jugak..kadang2 letak sikit dalam roti yang saya sapu peanut butter...macam2 boleh pelbagaikan menu meal shakes ni..ikut kreativiti asalkan anak suka dan baik untuk sistem imun mereka..

MEAL SHAKES MEMANG BEST!!!


Set Bersalin Shaklee

Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:


Call / Whatsupp:  0166787988
ID Shaklee: 963896
Email: tinihishamuddin@yahoo.com
FB:  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Tea Ney 
Dapatkan  HARGA YG TERHEBAT dan INFO PERCUMA 

Read More...